There was an error in this gadget

Friday, 14 October 2011

Terima Kasih-Sayang

Alhamdulilah... bila oktober menjengah maka sdh sethn berlalu pergi dengan penambahan angka satu tahun lg pd usia.... Syukur kerana masih diberi kesempatan utk bernyawa dan menjalani kehidupan di bumi Tuhan yang Maha luas ni... Terima kasih pd semua yang telah memberi ucapan samada secara berdepan, sms atau kad ucapan dan tak lupa juga menerusi ruangan facebook. Saya secara jujur rasa sangat berterima kasih kpd ibu-bapa yang telah byk berjasa selama membesarkan saya... guru-guru yang mencurahkan ilmu termasuk para pensyarah ketika zaman universiti serta ustaz-ustazah yang sudi berkongsi ilmu agama selama ini. Kepada cik eja yang sponsor kek serta pelajar2 1 RK 2 yang sangat sir sayangi atas majlis ari-jadi yg berskala kecil tp ia cukup bermakna. Buat rakan-rakan guru yang sentiasa membantu saya selama ini, terutama kak sidah ats cokelat dan kak umi atas pizza yang diberi... Tak lupa juga buat semua pelajar yang telah ssh-pyh menghadiahkan sir sehingga hari kelima setlh hari lahir, sir masih lg menerima adiah dr kamu... Takde apa yg lebih berharga selain daripada hadiah di atas kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan nanti.. Antara hadiah bday thn ni:
  • Perfume
  • Kereta miniature
  • Stoking
  • Cokelat
  • Kek
  • Pizza
  • Key-chain
  • Pen
  • Perhiasan botol
  • Kad ucapan yg besar

Sunday, 9 October 2011

Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar SMKPZ
Kuala Pilah, Jumaat- Seramai 91 orang pengawas terpilih menyertai Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar 2010 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2010 di D’Kok Eco Camp, Kampung Talang, Kuala Pilah. Sepanjang menjalani kursus para pelajar telah didedahkan dengan ciri-ciri kepimpinan melaui pelbagai aktiviti yg disediakan. Pelajar juga diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman mencabar menerusi aktiviti lasak seperti  ‘river crossing’, berkayak dan haluan berhalangan untuk setiap kumpulan. Disamping itu, pemimipin pelajar berpeluang merasai kehidupan desa yang serba kekurangan jika dibandingkan dengan hidup mereka di bandar. Objektif program ini bertujuan untuk menanamkan sikap kebertanggungjawaban, meningkatkan keyakinan diri, bertoleransi, mengenalpasti potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat serta dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin pelajar di sekolah dengan berkesan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dato ShamsulKahar Bin Mohd Deli, Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan. Beliau mengingatkan para peserta supaya dapat mengaplikasikan segala pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi sepanjang menjalani kursus bukan sahaja di sekolah malah dapat meneruskan ciri-ciri kepimpinan ke peringkat yang lebih tinggi. Majlis penutup itu juga turut dihadiri Ketua Sektor Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Tuan Haji Amir Sharifuddin Bin Ahmad, Penolong Kanan Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Yang diPertua PIBG SMKPZ serta barisan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.




                                                                                                             Dilaporkan oleh Sharizal Bin Shaari

PENGALAMAN ADALAH GURU...


Tahukah anda bahawa pengalaman yang dikutip setiap hari merupakan GURU yang paling baik buat manusia... Melalui pengalaman seseorang itu matang dan mudah menerima sesuatu yang berlaku dengan tenang hati. Jika seseorang itu di ajar oleh 1000 orang guru sekali pun, ianya tidak akan sama dengan apa yg telah mereka pelajari menerusi pengalaman hidup mereka selama ini. Untuk itu kita perlulah menambah ilmu dengan mencari pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Dari situ kita akan mempelajari banyak perkara-perkara baru yang secara tidak langsung akan membantu proses kematangan seseorang.. Belajar dari PENGALAMAN!

Saturday, 8 October 2011

SELAMAT DATANG....

1. CIK NURHANIZA
2. PN HAFIDZAH
3. PN NORLISA HANIM
4. PN NURUL AKMA
5. CIK SUAKMA
6. ENCIK HAMSHARIL
7. ENCIK FADZLI
8. USTAZAH ROSIDAH
9. PN HASLINA
10. PN SHARIFAH
11. CIK HASNAH
12. CIK AIN
13. PN HERDIANA

TAHNIAH ATAS JASA KALIAN.....

1. HAJJAH NOORAINI...
2. PN SITI AZLIN
3. ENCIK AMIR FUAD
4. PN IDAYU ZAINAL
5. ENCIK AMKAMARAN
6. ENCIK HELLTON
7. PUAN SUZANNA KHAMIS
8. PUAN ZAMNAH
9. PUAN ARIYAMALA
10. ENCIK SAID
11. ENCIK HAMDAN BIN SUMAT
12. PUAN ROZAKIAH SEMEK...

Kenali Guru Anda...

Assalammulaikum.... Syukur alhamdulilah atas limpah kurnia Nya maka dapat juga blog DUNIA PENDIDIK ini diterbitkan..... Terima kasih pada pihak sekolah yang telah berusaha mewujudkan ruang buat para pendidik menambah ilmu-pengetahuan berkaitan dengan teknologi terkini.... Saya secara peribadi rasa sangat bersyukur di atas kesempatan mempelajari asas-asas dlm membuat blog. Bercerita mengenai GURU maka saya ingin sekali berkongsi pendapat dengan pembaca sekalian tentang perwatakan seseorang guru ketika di sekolah. Sejauh mana anda mengenali guru anda? Tahukah anda bahawa setiap guru dilahirkan dengan karakter yang berbeza-beza sejak dari azali... Ada juga guru yang membina karakter berbeza ketika berada di sekolah......Guru-guru ini dikategorikan dalam pelbagai genre seperti; guru penjinak singa, guru fasilitator, guru penyayang dan macam-macam lagi sepertimana yang terdapat dalam buku. Adalah kurang tepat jika seseorang pelajar menilai guru berdasarkan karakter mereka kerana setiap guru pastinya mempunyai alasan tersendiri dengan mempamerkan sikap serta karakter sepanjang mereka berada di sekolah... Untuk itu, kenalilah guru anda dengan lebih dekat......