Sunday 9 October 2011

Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar SMKPZ
Kuala Pilah, Jumaat- Seramai 91 orang pengawas terpilih menyertai Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar 2010 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2010 di D’Kok Eco Camp, Kampung Talang, Kuala Pilah. Sepanjang menjalani kursus para pelajar telah didedahkan dengan ciri-ciri kepimpinan melaui pelbagai aktiviti yg disediakan. Pelajar juga diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman mencabar menerusi aktiviti lasak seperti  ‘river crossing’, berkayak dan haluan berhalangan untuk setiap kumpulan. Disamping itu, pemimipin pelajar berpeluang merasai kehidupan desa yang serba kekurangan jika dibandingkan dengan hidup mereka di bandar. Objektif program ini bertujuan untuk menanamkan sikap kebertanggungjawaban, meningkatkan keyakinan diri, bertoleransi, mengenalpasti potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat serta dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin pelajar di sekolah dengan berkesan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dato ShamsulKahar Bin Mohd Deli, Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan. Beliau mengingatkan para peserta supaya dapat mengaplikasikan segala pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi sepanjang menjalani kursus bukan sahaja di sekolah malah dapat meneruskan ciri-ciri kepimpinan ke peringkat yang lebih tinggi. Majlis penutup itu juga turut dihadiri Ketua Sektor Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Tuan Haji Amir Sharifuddin Bin Ahmad, Penolong Kanan Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Yang diPertua PIBG SMKPZ serta barisan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.




                                                                                                             Dilaporkan oleh Sharizal Bin Shaari

2 comments: