Saturday 8 October 2011

Kenali Guru Anda...

Assalammulaikum.... Syukur alhamdulilah atas limpah kurnia Nya maka dapat juga blog DUNIA PENDIDIK ini diterbitkan..... Terima kasih pada pihak sekolah yang telah berusaha mewujudkan ruang buat para pendidik menambah ilmu-pengetahuan berkaitan dengan teknologi terkini.... Saya secara peribadi rasa sangat bersyukur di atas kesempatan mempelajari asas-asas dlm membuat blog. Bercerita mengenai GURU maka saya ingin sekali berkongsi pendapat dengan pembaca sekalian tentang perwatakan seseorang guru ketika di sekolah. Sejauh mana anda mengenali guru anda? Tahukah anda bahawa setiap guru dilahirkan dengan karakter yang berbeza-beza sejak dari azali... Ada juga guru yang membina karakter berbeza ketika berada di sekolah......Guru-guru ini dikategorikan dalam pelbagai genre seperti; guru penjinak singa, guru fasilitator, guru penyayang dan macam-macam lagi sepertimana yang terdapat dalam buku. Adalah kurang tepat jika seseorang pelajar menilai guru berdasarkan karakter mereka kerana setiap guru pastinya mempunyai alasan tersendiri dengan mempamerkan sikap serta karakter sepanjang mereka berada di sekolah... Untuk itu, kenalilah guru anda dengan lebih dekat......

1 comment: