Friday 14 October 2011

Terima Kasih-Sayang

Alhamdulilah... bila oktober menjengah maka sdh sethn berlalu pergi dengan penambahan angka satu tahun lg pd usia.... Syukur kerana masih diberi kesempatan utk bernyawa dan menjalani kehidupan di bumi Tuhan yang Maha luas ni... Terima kasih pd semua yang telah memberi ucapan samada secara berdepan, sms atau kad ucapan dan tak lupa juga menerusi ruangan facebook. Saya secara jujur rasa sangat berterima kasih kpd ibu-bapa yang telah byk berjasa selama membesarkan saya... guru-guru yang mencurahkan ilmu termasuk para pensyarah ketika zaman universiti serta ustaz-ustazah yang sudi berkongsi ilmu agama selama ini. Kepada cik eja yang sponsor kek serta pelajar2 1 RK 2 yang sangat sir sayangi atas majlis ari-jadi yg berskala kecil tp ia cukup bermakna. Buat rakan-rakan guru yang sentiasa membantu saya selama ini, terutama kak sidah ats cokelat dan kak umi atas pizza yang diberi... Tak lupa juga buat semua pelajar yang telah ssh-pyh menghadiahkan sir sehingga hari kelima setlh hari lahir, sir masih lg menerima adiah dr kamu... Takde apa yg lebih berharga selain daripada hadiah di atas kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan nanti.. Antara hadiah bday thn ni:
  • Perfume
  • Kereta miniature
  • Stoking
  • Cokelat
  • Kek
  • Pizza
  • Key-chain
  • Pen
  • Perhiasan botol
  • Kad ucapan yg besar

1 comment: